Menjadi laki bini di dalam filem bukan tiket untuk bersentuh-sentuhan.
Menjadi adik abang di dalam filem bukan alasan untuk bercubit-cubitan.
Menjadi ibu dan anak di dalam filem tidak bermakna boleh berpeluk cium sakan.
KECUALI
Jika kamu dan dia memang muhrim di dalam dan luar filem.
Kebanyakkan pengarah kita ini orang Melayu dan juga Islam seperti yang tertera di kad pengenalan. Tapi mereka lupa kah apa yang Allah suruh dan larang?
Kelmarin aku baru sahaja menonton filem 2 Alam menggunakan laptop. Aku forward dan terus forward sampai tamat cerita tersebut. Sungguh aku kecewa lah dengan adegan separa lucah yang di tonjol kan di dalam filem tersebut. Lebih kecewa orang sebangsa dan seagama dengan aku yang melakonkan adegan tersebut.
Bukan filem 2 Alam sahaja yang telah masuk ke senarai hitam ku, malah banyak lagi filem yang diarahkan oleh pengarah Melayu telah tersenarai dengan tanpa was-was. Mereka terlalu ingin memaparkan realiti hidup sehinggga lupa batas agama dengan harapan mesej yang mereka cuba sampaikan diterima oleh penonton. Mungkin mereka tak tahu bahu kiri mereka semakin berat bila semakin ramai orang yang menonton.
Jika pengarahnya tiada kesedaran tentang batas agama, adakah pelakon nya turut sama? Pernah sekali aku mendengar alasan seorang pelakon apabila ditanya tentang adegan bersentuhan yang dilakonkannya. Maka dia menjawab
Kami hanya mengikut skrip dan jalan cerita. Ianya tiada kaitan dengan kehidupan kami di luar filem.
Nah. Mudah dia menjawab tanpa berfikir panjang. Alasan bodoh yang dikeluarkan oleh si cetek ilmu.
Kadang-kadang tergelak aku pabila mendengar alasan kurang pandai yang dilontarkan oleh orang-orang seni di Malaysia ini.
Yang aku tak boleh nak terima sampai sekarang apabila mereka menggunakan nama Tuhan dalam menjawab persoalan orang ramai. Sudah membuat perkara terlarang tapi masih berani menggunakan nama Tuhan. Memang. Berani kerana benar. Tapi kalau sudah nyata salah, mengapa dipertahan kan?
Pelik juga aku. Tiada sekumpulan besar pun yang menyuarakan masalah ini. Malah ada yang mempertahankannya ...
Diorang berlakon ja kot. Bukan betul-betul pun.
Depa kan laki bini, kenalah berlakon macam laki bini.
Dah diorang berlakon dalam kelab malam, kenalah menari terkinja-kinja sedikit.
Apa nak jadi. Mana rasa takut terhadap Pencipta?
Aku menyerulah kepada Pengarah Filem Malaysia (terutamanya yang beragama Islam) yang tahu Allah itu wujud, sila lah berfikir tentang masa depan anda di akhirat daripada memasang angan tinggi tentang kutipan yang anda akan dapat.
Pengarah itu satu simbolik yang sangat tinggi. Tetapi kenapa akalnya masih tidak mencapai tahap itu? Renung-renungkan.
p/s: argh! tak cukup sarkastik. Mana lah pergi skill sarkastik aku yang dulu. haiyaa