Menjadi laki bini di dalam filem bukan tiket untuk bersentuh-sentuhan.
Menjadi adik abang di dalam filem bukan alasan untuk bercubit-cubitan.
Menjadi ibu dan anak di dalam filem tidak bermakna boleh berpeluk cium sakan.
KECUALI
Jika kamu dan dia memang muhrim di dalam dan luar filem.
Kebanyakkan pengarah kita ini orang Melayu dan juga Islam seperti yang tertera di kad pengenalan. Tapi mereka lupa kah apa yang Allah suruh dan larang?
Kelmarin aku baru sahaja menonton filem 2 Alam menggunakan laptop. Aku forward dan terus forward sampai tamat cerita tersebut. Sungguh aku kecewa lah dengan adegan separa lucah yang di tonjol kan di dalam filem tersebut. Lebih kecewa orang sebangsa dan seagama dengan aku yang melakonkan adegan tersebut.
Bukan filem 2 Alam sahaja yang telah masuk ke senarai hitam ku, malah banyak lagi filem yang diarahkan oleh pengarah Melayu telah tersenarai dengan tanpa was-was. Mereka terlalu ingin memaparkan realiti hidup sehinggga lupa batas agama dengan harapan mesej yang mereka cuba sampaikan diterima oleh penonton. Mungkin mereka tak tahu bahu kiri mereka semakin berat bila semakin ramai orang yang menonton.
Jika pengarahnya tiada kesedaran tentang batas agama, adakah pelakon nya turut sama? Pernah sekali aku mendengar alasan seorang pelakon apabila ditanya tentang adegan bersentuhan yang dilakonkannya. Maka dia menjawab
Kami hanya mengikut skrip dan jalan cerita. Ianya tiada kaitan dengan kehidupan kami di luar filem.
Nah. Mudah dia menjawab tanpa berfikir panjang. Alasan bodoh yang dikeluarkan oleh si cetek ilmu.
Kadang-kadang tergelak aku pabila mendengar alasan kurang pandai yang dilontarkan oleh orang-orang seni di Malaysia ini.
Yang aku tak boleh nak terima sampai sekarang apabila mereka menggunakan nama Tuhan dalam menjawab persoalan orang ramai. Sudah membuat perkara terlarang tapi masih berani menggunakan nama Tuhan. Memang. Berani kerana benar. Tapi kalau sudah nyata salah, mengapa dipertahan kan?
Pelik juga aku. Tiada sekumpulan besar pun yang menyuarakan masalah ini. Malah ada yang mempertahankannya ...
Diorang berlakon ja kot. Bukan betul-betul pun.
Depa kan laki bini, kenalah berlakon macam laki bini.
Dah diorang berlakon dalam kelab malam, kenalah menari terkinja-kinja sedikit.
Apa nak jadi. Mana rasa takut terhadap Pencipta?
Aku menyerulah kepada Pengarah Filem Malaysia (terutamanya yang beragama Islam) yang tahu Allah itu wujud, sila lah berfikir tentang masa depan anda di akhirat daripada memasang angan tinggi tentang kutipan yang anda akan dapat.
Pengarah itu satu simbolik yang sangat tinggi. Tetapi kenapa akalnya masih tidak mencapai tahap itu? Renung-renungkan.
p/s: argh! tak cukup sarkastik. Mana lah pergi skill sarkastik aku yang dulu. haiyaa
42 reaksi homosapien:
bile filem, semua halal.
adess.
setuju.. suke sangat ngan adekan pegang tangan..cium pipi...peluk manje.. mmg la bende ni bukannya seks pun..tp still dosa sbb perbuatan bukan muhrim.. filem xleh nk 'relaiti' sgt..
peace! :)
p/s- lama xsinggah sini
latest entri:
logo-logo yang terburuk dicipta!
Bila pula tv al-hijrah nak masuk astro, sebab channel tu sahaja yang mahu drama disiarkan di tvnya tiada adegan pegang-peluk-cium jika bukan mahram di luar . Sehingga ada pelakon marah2 sebab 'susah lah nak hayati watak!'<-errrr .
P/S: suka ulasan ni, tajuk sahaja dah sampai maksud.
Akak pernah terpikir gak pasal benda-benda macam ni.
Lagi-lagi kalau pelakon yang dah kahwin.
How come lah kan dorang punya laki/isteri tgk lakonan dorang.
Peganglah, apelah .. tak segan ke? =_=
aku sayang orang yang tulis entry2 macam ni.
thumbs up! :)
eh kau ni kan. sakit hati aku. daripada kau duk tengok buat sakit mata sakit hati tu, baik kau tak payah tengok terus.
kau tengok cerita tu pun kau download kan? kat sharing ump kan? kau kan dah tak tengok wayang. dulu pun kau ada duk kutuk sharing-sharing ni? kan? kalau kau tak download kat sharing pun, mesti kau ambik dengan kawan-kawan kau kan? mestila kawan-kawan kau pun ambik kat sharing jugak kan? takde dah hiburan lain kat ump ni selain sharing yang melalaikan tu.
senang cerita, semua cerita melayu, kau tak payah tengok lepas ni. kalau kau tengok cerita ustaz amirul pun, ada sentuh-sentuh jugak. sedangkan cerita macam tu pun ada sentuh-sentuh, apatah lagi cerita lain.
taknak tengok sudah la. duk diam-diam. menyampah aku. cakap lebat je.
ha. cerita dari luar pun kau jangan tengok. lagi la dorang tu seksi meksi. ish!
dorang buat cerita ada aim dorang. nak bagi pengajaran ke apa ke. kalau kau dah taknak sangat dorang buat cerita macam tu, apa kata kau buat filem sendiri? tak pun kan, kau hantar memorandum kat pihak berwajib suruh ban je filem sentuh-sentuh ni.
oh, lupe plak, hantar memorandum kat nc ump sekali untuk kuatkuasa tak boleh pakaian ketat-ketat.
ps: mana entri yang pasal kau pakai stokin pegi jumpa hana tajima tu?
kita kurang pengarah Islam yg betul2 paham mcm kat indon, atau mmg takde langsung. =,=
terbaik! ;)
hurmm entahlah dosa pelakon tu berat jugak tu haha entahlah berani buat berani tanggung. ehhe
usah dilayan orang yang sombong tue.. mungkin dia tak sedar siapa yang sepatutnya dia patut.. biarje.. aku thum pada post nie
nice entry...
patutnya tak payah pegang... klu xpegang bukannya xbleh berlakonkan..
ANON PENGECUTTTTTT SHOW YOURSELF BIATCHHHH
abg nak updet pasal ni dah lama dulu tapi asyik bertangguh dek isu2 panas semasa. memang sokong abes! g post link ni dekat page myra_zoe. konfem dia tolong !
Alololo~
Comelnya anon yang komen ni.
:)
Pendapat yang kamu utarakan betul tu dik. SOmehow, some people selalu terlepas benda2 begini dengan alasan perkara remeh :)
ntahlah.. nama pun artis.. susah nak cakap. kalau berlakon memang tak kira semua2 ni..
aku sokong cik anon..bkn sb dia busuk tp sb ape yg dia ckp tue btol...
p/s: stokin mne??
@saya_arief lupa pulak nak include ayat tuh dalam post. hehe
@nas yup thats right! :)
alaaaaaaaaaaaaa kalau takda pegang2 lagi bagusss, takyah la yiying nak jeles org pompuan pepegang shaheizy sam wuwuw T____Y
@anem arnamee satu2 nya channel astro yang islamik adalah oasis ja kalau tak silap. satu aje. menyedihkan.
@kak nailah dari kecik lagi sy dah terpikir pasal tu kak. takkan suami/isteri diorang tak tahu erti cemburu.. hmmm
@lyn sery weeeee.... terharu ada orang sayang aku! haha
@cik anonymouse comel tapi busuk
menurut perlembagaan, aku dan kau ada hak untuk bebas bersuara. so kau bebas untuk berkata apa-apa. :)
by the way, bernas jugak idea kau pasal jangan pakai ketat2 tu kan. boleh aku tau yang kau ni laki ke perempuan. but let me guess, mesti perempuan kan.
cuma satu je lah. bila komen biar lah kena pada isu nya. kalau sakit hati tak mau baca ya. kalau tulisan aku ada yang mengguris hati kau, aku minta maaf ya. :)
ESOK KITA JUMPA KAT FAKULTI YA! KALAU JUMPA AKU JANGAN LUPA TEGUR MACAM MANA KAU TEGUR AKU KAT SINI!! :)
@munsyi betul tuh. malu jugak bila kabir bhatia bulih direct film islamic.
@emanthehalia kita pun kena lah beringat pada dosa kita juga.. nauzubillah...
@eddy maceh! :)
@MR.SYAH bila pegang baru ada uhmm! haha. entah lah. mereka ada akal untuk fikir.. tapi tak gunakannya.. hmmm
@abg ARC muahahahaha. dia budak fakulti mas bang. mas sangat sure. hehe
btw, mas rasa kalau abg yang buat entry ni mesti lagi meletup! haha
@kak Zara comey gilak. tersengih tak baca komen dia? hehe
tulaahh.. orang selalu kata macam romantik je kan bila pegang2 tangan dalam tv, tapi dia tak tau berat dah bahu kiri orang yg pegang2 tangan tuh.
@zool sesetengah artis ja macam tuh...
@tanpa nama part mana yang kau setuju tuh. habaq mai sini.
stokin ada dalam laci, nak pinjam?? :)
@liyana lunia hehehhehehe.... kuat nye jelezzzzz... haha :p
asyik attack aurat pempuan je, nxt week tazkirah jumaat attack lelaki gak
@abg ARC abg nak buat ke? or nak suruh mas buat? confuse. hehe
eh bukan dulu kau kemain kutuk ke sharing-sharing ni? aku bukan nak cakap pasal stokin tapi kau tau tak yang kau cerita semua kat blog ni, mungkin orang yang tak pernah tahu tak pernah jumpa kau boleh percaya semua. aku tak cakap kau tipu apa yang kau tulis dalam ni tapi ada yang kau tak tulis kan?
contoh: kemain kau kutuk sharing-sharing ni hari tu tapi hari ni kau cakap ikut suka kau lah nak tengok cerita yang kau download? hipokrit la kau ni.
hari tu beria kau kutuk orang kaki bogel tapi kau ada pakai stokin ke sebelum ni? sekali jela kan yang kau cerita pergi kat tempat yang hana tajima datang tu kan? lepas aku komen buat kau menyirap tu, kau pakai kejap kan pergi fakulti? lepas tu tak pakai dah kan? lepas tu kau dah tak publish entri tu. pasal apa? seluar pun ketat jugak. aku dah lama menyirap ngan kau. memang aku pengecut sebab cakap kat sini, tapi aku nak kau sedar.
kalau kau nak cakap pasal hukum hakam islam dalam ni aku tak kisah, aku alu-alukan untuk kebaikan semua tapi kau sendiri tak buat tapi duk mengata orang. apa hal oi? sedar diri boleh?
kepada semua reader entri ni, korang nak kata aku pengecut ke apa, lantak korang lah. aku ni yang nampak dia setiap hari. korang kenal dia dari baca blog je. setiap entri dia, dia cerita apa yang dia buat dalam 24 jam ke?cerita apa yang dia pakai semua?
cik masturah, lepas ni kalau nak update entri tu, cermin diri sendiri dulu. baru tulis. pikir dulu apa kau buat, apa kau tak buat sebelum nak komdem orang.
sayang, kalau orang perfect sahaja yang layak tegur orang lain, means semua orang tak layak. bagus lah kau ingatkan aku. terima kasih. tapi aku nak ingatkan, semua orang layak menegur.
aku tak paham kenapa kau sungguh menyirap kat aku. aku pernah buat salah kau kau ke? tak pun pernah usik family kau ke? tak kan... cuba bagitau apa yang buat kau menyirap ni. aku tahu kau ada fesbuk aku, so message lah aku.
sayang, kadang2 aku terlupa, kadang2 aku alpa, aku manusia biasa weh, selalu buat silap. aku cuba betul kan diri aku dari masa ke semasa. pasal stokin tu betul.
pasal sharing tuh, kalau kutuk means aku tak bulih guna sharing lah ye? abis tu kalau aku kutuk astro, aku tak bulih tengok astro lah ye? kalau kutuk cafe, tak bulih makan kat situ lagi lah ye? kau ingat sharing site tu ade movie je ke?
lagi satu, kau memang manusia terhebat loh sebab kau perhati aku setiap hari sampai tahu macam2 pasal aku.
mas..uitt...jgn gado2..ak pown konpius gk..lau dah dak tu x ske ko,awatnye dok bace blog ko..haha..mas,ko ad stalker nmpknye..;D
btw,pe yg ko tulis tu btul...;DD
eh..ak nk komen tajam2 la...ko ingt ko bgus??ko ingt ko cun??hahahahaha..
weyh,,rinduu....;((
ko n linda sombong gilew!!!
dua2 ak ban nnt.;!!!
ha..gado2..tumbok2..aiya...ape lah
@cha sayang
aku tak gado laahh.. ni nama nya perbualan.. haha
aku pun rindu weyh gelak ko, scandal ko ngn cikgu hanif dulu.. hahahhahahaa
@tanpa nama oytt.. mana ada tumbuk2.. tipu dose... :p
mas.kelakarlah stalker kau.cakap macam kenal kau tapi sebenarnye tak kenal pon.hahah
Setuju dgn entri ni, tp terasa mcm cik masturah dgn cik anon dh buat entri baru kt komen..hehehe...
gurau ja...
Pendapat: Copy Paste/Plagiarisme?
sbb 2 asyraf muslim pn da nk berehat dr brlakon kot....
http://beautifulnara.com/cerita-tentang-ashraf-muslim-email-daripada-pembaca-beautifulnara/
Catat Ulasan
komen lah dengan ikhlas ya. Aku terima sahaja manis atau tajam.