Cari Entri Dulu

24 September 2010

MAAF SAYANG.


I know it was my mistake and I'm sorry. 

Kita tersentak dengan pinta awak. Kita tak sangka kita sekejam itu. Membiarkan hati awak di toreh hebat. Membiarkan jiwa awak lari jauh. Membuat kan hilang senyum di bibir awak. Membuat kan suara mesra pergi ke hujung talian. Membuat kan hari awak kelam semalaman.

"pujuk lah sayang"

Sentap sebentar dengan hasrat awak itu. Apa yang telah kita lakukan sehingga awak menaip pendek hasrat itu? Kita tertanya-tanya.

"Rindu"

Kita mula sedar. Kita yang memulakan. Kita yang mula melangkah jauh. Meninggalkan awak kerinduan di situ. Kita minta maaf. Kita tak sengaja. Kita leka dengan dunia maya, hingga lupa awak di alam realiti. 

Kita minta maaf. Kita bersalah pada awak. 

Forgive me.


p/s: ingatlah orang yang tersayang.








21 September 2010

CONTEST | MY RAYA MOMENTS

Assalamualaikum dan selamat hari raya!

Dah lama tak join contest ha cik tipah oi.. Kali ini aku join contest anjuran EYRIQAZZ dan My Raya Moments Contest adalah anjuran bersama MySuperkids , Redmummy.Com Fitrihadi , LittleKidsPhotography , Viruspadu. Simple ja. Marilah join jugak. Hadiah pun menarik tau.



Uncle Danial (berbaju melayu ungu) , Papa (berbaju melayu kuning). Uncle Danial memang suka buat lawak lah.. Dia suka buat sesuatu yang unexpected. Macam dalam gambar ni lah. Situasi di hari raya pertama. Semua pakat gelak tengok depa dua orang ini. Aku pun. :)

Harap2 boleh menang! hehe.

p/s: Asyik mengadap laptop ja aku ini. Adeh.

20 September 2010

GAMBAR HARI INI - 15


Memang lawak lah makcik aku yang sorang ni. Elok je dia melintas ala-ala macam tengah flying time aku snap gambar ni. haha. La tengah sarat mengandung. 7 bulan sudah.

p/s: dah tersangkut dekat twitter. sekian.

19 September 2010

PENGALAMAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sejarah mengajar kita menjadi lebih dewasa meniti arus angkara. Lupakan kisah yang lalu teguhkan tugu iman mu doaku buat kekasih - Doa buat kekasih (Ramli Sarip & Khatijah Ibrahim)

Kisah hidup yang dulu telah pun ditempuhi, dilalui, dirasai segenap tubuh kecil ini. Girang, sedih, sakit, tawa, tangis, pedih, kecewa, luka bercampur baur membentuk satu acuan di panggil pengalaman. Mudah dilupakan namun sukar dipadam dari kotak memori. Ianya tersimpan rapi, cuma terletak agak jauh dek ditelan masa. Ia akan timbul semula tatkala diperlukan pada masa-masa tertentu. Tetapi, ada masa nya ia akan muncul tanpa dipinta. Tanpa dirayu. Tika itu tubuh menjadi layu kerna masa lalu.

Tika itu jugalah pengalaman mula memainkan peranan. Menjadi api pembakar semangat supaya tubuh yang layu bangkit. Supaya tubuh kecil itu tabah mengharungi kedatangan tetamu yang tak diundang yakni pengalaman yang berperisa pahit. Pahit untuk ditelan apatah lagi untuk disimpan. Terima seadanya kerna itulah sumber kekuatan kelak.

Allah Yang Maha Pemurah menghadiahkan pengalaman yang tidak enak supaya hambaNYA tidak hidup di dalam kealpaan. Tetapi masih ada yang tidak bersyukur. Nauzubillah.

Di setiap kegagalan ada tersimpan hikmah nya. Begitu jua dengan kekecewaan. Namun tubuh yang kecil ini gagal menemui nya. Menjadikan dirinya dalam keadaan yang tidak seimbang. Seakan mahu jatuh kerna termakan amarah sendiri. Tiba satu masa, dia rasa bersyukur atas kurniaan Illahi. Dia bersyukur dia kecewa, dia bersyukur dia gagal. Dia bersyukur kerna Allah masih ingat pada dirinya.

Biarlah lah gagal, asalkan tidak tersalah haluan.
Biarlah lah kecewa, asalkan tidak tersalah pilihan.

Bersyukurlah dengan apa yang terjadi kerna sesungguhnya setiap perkara adalah balasannya. Percayalah.

Kepada si tubuh kecil, masa lalu bukan penentu cuma sebagai notis yang kompleks agar tidak tersesat lagi. Semoga Allah memberkati hidup mu. Amin.


p/s: dah lama aku tak buat entri macam ini.


18 September 2010

AKU DAH MULA BERPANTANG WAYANG.MENGAPA?


Assalamualaikum dan salam lebaran.

Masih dalam mood raya kah? Mesti banyak orang yang buat open house sana sini. Tak kurang juga yang berkonvoi raya. Seronok bukan. Ada juga yang hang out dengan kawan-kawan alang-alang tengah cuti ini. Jadi, apa yang korang buat time hang out? Wayang? Bowling? Makan-makan? Karaoke? Aku tulis macam aku biasa buat je kan? Takde lah biasa Cuma pernah je. Hehe.

Semua itu memang aku masih amalkan kecuali wayang lah. Aku dah lupa sejak bila aku mula berpantang. Tahun ini juga agak nya. Aku pun dah lupa tayangan terakhir yang aku tonton. Mesti ada yang pelik, ada yang rasa aku tipu. Ini betul-betul, bukan cobaaan. Mengapa aku berpantang?



Membunuh masa berharga.

Aku ini jarang keluar ke bandar. Selalu keluar makan dekat-dekat ja. Jadi bila dah jarang keluar, aku nak lah guna masa itu sebaik nya kan. Tambahan lagi kalau aku keluar dengan orang yang tak selalu aku jumpa. Mesti aku nak habiskan masa dengan depa kan? Kalau pergi tengok wayang, mesti 1-2 jam akan habis macam itu sahaja. La dalam wayang tak boleh buat bising sangat, mengganggu orang lain. Kan dah hilang keseronokan di situ. Tak selalu jumpa, bila jumpa, membisu untuk 1-2 jam. Membazir loh!

Membazir duit.

Tak semua tayangan akan buat kita puas hati. Kadang-kadang ada orang akan buat review, bagi 3 bintang lah 7 bintang lah. Takde maknanya. Kalau cerita itu tak best,sampai bila pun tak best. Punyalah tinggi harapan kita kan, nak keluar dari bilik tayangan dengan perasaan puas hati. Tapi malangnya, itu tak terjadi. Hampa. Ada sesetengah cerita sahaja yang kita akan puas hati, tapi susah nak jumpa situasi itu. Aku dah banyak kali terkena cerita yang memberi harapan menggunung ketika The Making Of... Boo la weh, kata-kata depa semua palsu. Trailer punya lah hebat, tapi cerita slow nak mati.  Contohnya cerita adaptasi novel yang mendapat kritikan hebat dari penonton. Aku tak tengok lagi cerita itu, tapi depa kata tak best. So case close! Haha. Even tiket berharga RM8 untuk hari rabu dan juga untuk student (consider murah), aku tetap rasa ianya satu pembaziran semata-mata.

Melayan perasan sendiri.

Kan masa menonton kena senyap kan. Part gelak itu silalah gelak. Time gelak je lah kita boleh berinteraksi dengan orang sebelah, which means kawan kita. Tapi selepas itu diam semula. Layan perasaan sendiri. So macam itu baik pergi tengok sorang-sorang. Kadang-kadang kesian pada kawan kita yang lain. Depa nak tengok cerita itu, tapi disebabkan yang lain nak tengok ceita ini, terpaksa ikut majority. So bila dalam bilik tayangan dia boring, dia kecik hati, dia merajuk, dia nak balik. Kan dan membunuh kegembiraan di hari itu. Kesian... Kita kena consider juga yang lain. Si Timah tak suka tengok cerita hantu, si Leha tak suka tengok cerita kartun, si Tipah tak suka cerita romantic, kan dah jadi masalah besar kat situ. Jangan gaduh-gaduh. Takyah tengok wayang. Pergi shopping or jalan-jalan lagi bagus.

Tak selesa.

Bila tengok cerita dekat wayang, kita nampak kepala orang depan, orang belakang goyang-goyang kerusi, dalam bilik tayangan gelap sangat, sakit badan sebab kena static macam itu saja, nampak orang tengah bermesra sakan, bukan nya cerita hantu pun, cerita kartun ja, itu pun nak peluk-peluk kah? Orang dah kahwin pun tak buat macam itu lah. Baik aku tunggu cerita itu keluar kat tv, aku tengok kat rumah ja. Lagi best!

Masa tayangan tak sesuai.

Sebagai muslim, kita sangat mementingkan solat sebab solat tiang agama. Kadang itu waktu tayangan nya sangat lah tak best. Ada yang pukul 2pm, pukul 4pm, pukul 7pm. Nak beli waktu lain dah habis lah, takde tayangan ketika itu lah. Bila beli tiket yang tayangan nya pukul 2pm, dan 7pm, kita akan jadi tak khusyuk nak solat mengenang kan tayangan akan bermula. Takut masuk lambat, nanti susah nak cari seat. Kalau pukul 4pm pula kita kan terkejar-kejar untuk solat selepas itu. Di tambah lagi dengan surau pack gila time tuh. Fuh. Seksa. Paling senang beli tiket malam. Tapi mama tak bagi saya balik malam-malam. Tak tahu lah mama korang macam mana pulak kan.

Setakat itu sajalah bebelan aku. Aku bukan nak mengata atau apa. Ini adalah alasan-alasan aku sendiri. Dari pengalaman aku sendiri. Ada alasan lain yang ingin aku luahkan, tetapi korang pandai-pandai lah pikir sendiri sebab itu alasan utama aku tak pergi tengok wayang dah. Mungkin lepas kahwin pergi kot. Mungkin juga tak. Tengok kat rumah sudah.


p/s: Bertudung labuh atau biasa bukan alasan untuk kita dianggap lain atau istimewa, semua wanita bertudung sama. Harus dihormati, harus menjaga adab. 


14 September 2010

CERITA RAYA 2010

Assalamualaikum! Selamat hari raya korang semua!

Sakan aku beraya sampai laptop tak on 3 hari berturut-turut. Raya tahun ini memang macam best sedikit sebab banyak berjalan ke rumah orang, duit raya masih 3 angka, banyak konvoi, jumpa saudara yang lama terpisah dan macam-macam lagi lah. Adik sepupu aku tuh dah ada lesen kereta dah, baru form 5, jealous loh. Tapi, dah lama tak jumpa dengan nenek Maimun. Bila lah kita boleh jumpa lagi nek?

Tahun ini aku beraya di Dengkil, rumah pakcik sebab rumah kampung di Lenggeng is under construction. Insyallah, Raya haji ini kami merasa lah beraya di rumah kampung versi baru. Tapi aku tak balik kot sebab time tu tengah final exam. Adeyh.

30 RAMADHAN 1431H
Kami tiba di Dengkil pada hari terakhir bulan Ramadhan. Berbuka bersama dengan pakcik, makcik, sepupu kecik dan nenek. Aku tak tahu la apa yang buat aku rasa penat sangat sampai aku tertidur dari pukul 8pm - 11pm. Memang berniat nak sambung lagi tuh, tapi disebabkan rasa panas, lepas bersiram terus segar tak boleh tidur sampai lah pukul 4am.

1 SYAWAL 1431H
Pagi raya memang pagi yang kecoh sebab mak-mak nak masak-masak, bapak-bapak dan abang-abang nak mandi cepat nak pergi sembahyang raya, kakak-kakak nak bersiap-siap dan tolong mak-mak. Memang kecoh.
Raya kali ini auntie Seri memang masak banyak juadah raya. Terbaik lah auntie. La dia tengah sarat mengandung, insyallah bulan 11 ini aku dapat sepupu baru. Yeay! Auntie masak kuah kacang (sedap!), masak lodeh ( aku tak cuba la pulak) , rendang (terbaek!), dan sambal udang (feveret aku!). Mama pula masak spegeti malay style, laku babe! Spegeti banyak lagi, tapi kuah nya dah kering. Spegeti mama memang best!
Disebabkan kawasan perumahan ini tak ramai Melayu, so macam weird sedikit lah kan. Mana tak nya, tetiba banyak pulak kereta dekat depan rumah pakcik aku tuh.
Dalam pukul 3, kami semua berkonvoi ke rumah pakcik di Banting. Dekat rumah ini lah ada yang melelapkan mata sekejap. Bukan atas katil tau, atas sofa. Lena habis! Pukul 6pm macam tuh, aku bergerak pulang ke Dengkil, yang lain balik rumah depa la kan.
Pukul 8pm, aku dan family bergerak ke Bangi pulak untuk ke rumah adik mama. Semua adik-adik mama berkumpul di situ. Rumah yang ini lagi kecoh sebab banyak budak kecik dan remaja yang sedang membesar. Seronok tengok gelak tawa adik beradik mama, yang si suami lepak dengan si suami-suami la kan. Lama betul tak jumpa depa semua memandang kan ketika aku di Pahang aku jarang pulang ke KL. So I missed a lot of gathering. So sad. Pukul 12am kami pulang ke Dengkil semula.
 -tamat cerita Hari Raya Pertama-

banyak kan.....kat dalam rumah ada lagi, jangan maen2.. hehe


2 SYAWAL 1431H
Pada hari ini, kami berkonvoi ke rumah Pak Long pula yang terletak di Kajang. Agak lama lepak di situ. Dari pukul 12pm sampai 6pm. Aku agak mengantok lah pada raya kedua ini. Asyik menguap saja. Makan pun sedikit. So sumpah raya tahun ini berat badan aku tak naik malahan turun. Nanti aku timbang, aku bagitau. Hehe. Sampai kat Dengkil dalam pukul 7pm. Kami berkemas untuk pulang ke KL. Ada konflik sedikit ketika yang buat aku moody. Kesian En. Tunang. Dia yang terkena tempias nye.
-tamat cerita Hari Raya kedua-

posing di dapur rumah Pak Long


3 SYAWAL 1431H
Kami ke Lenggeng untuk menziarah saudara mara di sana sambil melawat tapak pembinaan rumah kampung yang baru. Agak besar lah. Fully batu-bata. Dulu ada lah papan-papan sedikit. FYI, rumah kampung yang baru dan lama bersebelahan saja. Tak boleh blah kan. Tak sabar nak tengok yang dah siap punya. Mesti awesome lah! Selepas beraya di sana, kami berkonvoi lagi ke Bangsar, rumah auntie. Bangsar adalah destinasi akhir konvoi. Sebab lepas itu semua pulang ke rumah kalau tak silap lah.
-tamat cerita Hari Raya ketiga-

rumah kampung hampir siap!


FAKTA HARI RAYA 2010
-baju raya aku warna pink. Kalau boleh every year aku nak colour pink. Aku gila pink. haha
-masih menerima duit raya. yeay!
-pertemuan dengan kawan lama.
-tetiba simpan azam untuk memandu kereta sendiri untuk balik kampung pada raya 2011. Insyallah.
-banyak orang tanya aku pasal pelajaran aku di universiti. terharu weh.
-dua orang auntie cakap benda sama, "eh, bukan dulu kata nak belajar benda lain ke?" bila aku cakap aku ambil jurusan kejuruteraan elektrik. Kenapa, tak percaya ya? hehe
-tetiba jadi model sebab aku asyik posing, dan adik aku snap gambar. sengal.


p/s: jom puasa 6! sambil ganti puasa. hehe


Enhanced by Zemanta

09 September 2010

MOOD RAYA KEMBALI!

Assalamualaikum atok! Ketupat rendang banyak lagi tak?? Kami lapar ni..

Hoho.. Semalam aku baru merengek pasal tak excited nak raya. BUT...but.. At last datang juga mood nak beraya. Walaweh..

-Rumah dah kemas

-Semalam pergi shopping

-Biskut raya kelihatan

-Beg yang banyak (beg baju lah, kejap lagi nak balik kampung)

Yeaaahhhh! Bebudak sekalian, tolong lah jangan bagi aku kumpul dosa. Jangan main mercun boleh, lagi2 yang bom2 tuh. Penat aku melatah, penat aku menyumpah. Aku piattt telinga angpa semua nanti. Ehem..bunga api takpa. haha

Kepada En. Tunang, sila gembirakan diri. Yang dah pergi biarlah dia bahagia di sana, yang masih ada lagi, hargailah mereka. Okeh. :)

Kepada awak,awak, dan awak dan awak2, kita maafkan awak2 sekalian ok. Tapi kita tak nak jumpa angpa lagi dah. Kalau boleh lah. Terus terang, kita tak suka masa silam kita. Macam haprak ok. haha

Kepada kenalan dan sanak saudara sedara berdara2, whatever... kita minta maaf, halalkan makan minum kita, hutang2 kita ok. 0-0 okeh.

Ok. Kita nak bertolak dah ni. Doakan kita dan keluarga selamat. Amin.



p/s: Teddy jom ikut balik kampung!

08 September 2010

TAK EXCITED NAK RAYA.

Assalamualaikum nenek! Kami datang nak makan + duit raya, nak duit hijau tua, tak pun merah 5 keping!

Entah apa yang masuk dalam badan aku. Pelik. Aku takde feel nak raya. Adakah aku tak sempat nak raya? Wallahualam.

Tahun ini aku tak excited macam tahun-tahun lepas. Aku tak excited nak beli baju raya. Aku macam nak pakai je apa yang ada. Tak yah beli baru. Sebab ada je baju kurung yang tak pakai lagi. Kasut yang aku beli tu pun sebab aku suka memang suka beli kasut, beli beg. Jangan cerita lah, En. Tunang dah masak dengan sikap aku.

Aku tak tahu lah kalau-kalau ada yang menggangu fikiran aku sampai mood raya aku hilang kan. Mungkin juga sebab raya tahun ini kami tak beraya di Lenggeng as usual. Kampung is under construction. Mungkin lah.

Mungkin sebab mama tak buat dah kuih raya macam dulu. Kek coklat, kek lapis, kuih bahulu. Sebab mama dah menjadi wanita berkerjaya semula. So mama busy ok.

Mungkin sebab rumah kelihatan macam biasa, macam tak raya. Tak kemas lagi, tak ganti apa lagi. Ya lah, esok papa mama cuti, esok jugak nak balik Dengkil. So bila nak kemas? Jangan harap aku nak mengemas kalau papa mama tengah kerja. Sebab aku lagi suka kemas rumah time depa ada. Barulah masyuk kan.

Mungkin sebab aku wanita aku kaum hawa yang takkan puasa penuh. Mungkin juga ya.

Mungkin sebab macam-macam telah terjadi di sekeliling aku. Macam-macam lah.

Mungkin juga sebab aku dah dewasa. Ngek, takde kaitan.

Mungkin sebab aku tengah lapar tunggu berbuka sebab itu aku jadi weng2 sedikit.

Apa-apa pun, kalau lah ini Ramadhan terakhir ku, aku lah golongan yang rugi. Sangat rugi.

Ok lah. Nak jadi cool balik.

Kepada semua umat Islam di bumi Allah ini, aku mengucapkan


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. 

Yang buat salah dengan Allah, bertaubat lah. Yang buat salah dengan manusia, bermaafan lah.


p/s: saja nak kongsi. Klik link ini. Baca apa yang Ustaz Zaharuddin cakap pasal Dosa-dosa dan Facebook.

07 September 2010

AKU GADIS COOL, BUKAN GADIS EMOticon

Assalamualaikum pakcik!! Kami datang nak raye!

Najatun, sila laporkan pada aku kalau-kalau ada lagi entri emo yang kau jumpa dalam blog aku. dush3.

Entri emo berturut-turut. Ngok ngek je la Masturah Idrus ini. Sungguh ngok ngek. Buat malu keturunan ja.

Ok. Semalam tengok doomsday. Gadis berpangkat Mejar. Cool kan. Gadis yang diserap masuk ke dalam sistem ketenteraan. Hati dia kering. Dia tak menjerit macam aku. Dia tak menangis macam aku. Dia cool aje. Whatever happen pun, muka dia still cool. Apa nak jadi pun, dia still cool lagi. Dia tak EMOticon macam aku pun.

Betul ke ada gadis cool macam itu? Kalau ada aku nk berguru dengan dia boleh?

Best nye. Nak jadi cool.

Tak nak lah jadi gadis yang asyik peluk teddy sambil menangis kan. Sungguh tak cool. Basah teddy buncit.

Tak nak lah jadi gadis yang cepat EMOticon. Sungguh tak cool.

Tak nak lah jadi gadis yang slow, pending, tak alert. Sungguh tak cool.

Tak nak lah jadi gadis yang asyik dipermainkan. Sungguh tak cool.

Tak nak lah jadi gadis hot dunia, takut berjangkit kat akhirat pulak. Sungguh tak cool. (En. Tunang, kita tak nak perasan hot dah, sungguh tak cool. Ok. Giler gedik.)

Kami tak hot kami cool. haha. BTW, Im listening to ERA, neither HOT nor XFRESH.


p/s: selagi kita berpegang teguh pada Al-Quran dan Hadis, InsyAllah kita takkan akan terkeluar dari landasan yang diredhai NYA. Selamat hari raya. Say no to illuminnutyyzzz.


05 September 2010

MEMORI DAUN PISANG

Abang oldtromen suka panggil aku ngek. Eleh, dia pun ngek. Ok.ok. Ini ayat untuk tajuk kat atas tu ha. Lepas aku tulis terus aku cakap, "ngek". haha.

Semalam kita borak macam orang besar kan. Jarang kita nk borak panjang dan berbincang secara serius. I like.. Gedik. Tapi tup..tup.. kredit habis la pulak. Terlupa yang free call sampai hari jumaat je. Takpa, nanti kita buat celcom 5+1 itu ok. Ha. Kita setuju la dengan rancangan awak dengan Fendy Woo itu. Jimat duit awak kan.

Banyak kali awak cakap jangan ingat. Tapi kita ingat jugak. Kita geram lah awak. Kita geram. Tapi awak kata bila geram ingat awak. Owh.. tapi bila ingat awak terus tidur. Awak ini pil tidur pe? hehe.

Sat lagi Along Tapa datang mesti dia kata aku gedik. Mesti punya. Kan..kan..kan.. haha. Sayang lah kat ko Along sebab selalu datang blog aku.

***removed***




p/s: hari ini sambal udang! tapi makcik ini masak tak sedap lah. reject kedai makcik! takmo datang lagi dah.


02 September 2010

KENA SUPERIMPOSE NANTI BARU TAU.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dah nak penghujung Ramadhan dah.Aku mengaku, sekali lagi aku sia-sia kan bulan yang baik ini. Bilalah nak berubah cik Masturah oi! Ok. Biarkan dia.

Sekarang ni kan, aku tak galak sangat nak ambil gambar. Dah takde feel dah. Macam hari itu, aku keluar dengan member kelas aku buka puasa dekat padang MPK Kuantan tuh. Mestilah ada sesi foto memoto kan. Aku pun senyum ja. Smile!

Then esoknya mereka upload dekat FB, aku pergi la tengok dan aku mendapati tiada satu pun gambar aku, ada pun tak clear. Apa aku rasa? Teka r.....

Aku rasa lega. Serius. Tak semena-mena aku lega. Aku tak kecik hati.

Dah lama aku tak upload gambar dekat FB. Kalau upload pun gambar orang lain. Blog? Blog la tempat aku selalu upload gambar. Tapi aku tak benarkan sesiapa pun copy gambar yang ada watermark mashilala.blogspot.com tuh. Sebab itu kepunyaan aku. Sebab itu lah aku disable right click dekat blog aku ni.

Kenapa aku takut?

Aku takut orang cabul gambar-gambar aku. Paham? Aku takut orang salah guna gambar aku. Aku takut mereka buat benda tak senonoh. Superimpose, tabur fitnah, dan macam-macam lagi. Angpa yang lain tak takut ka?

Ok. Mesti angpa cakap, kita tahu kita siapa, buat apa nak takut. Kalau orang superimpose pun, buat apa nak kisah. Itu bukan kita.

Ang cakap senang lah sebab ang tak merasa. Kawan aku dah pernah kena dah. Dia kena stalk dengan laki ini. Habis semua gambar dia ada dekat laki ini. Laki ini sendiri yang habaq dekat kawan aku dia simpan semua gambar FB kawan aku. Gila punya laki. Angpa tahu tak lelaki ini ada imaginasi yang sangat tinggi? Angpa tak takut kah termasuk dalam mainan imaginasi mereka itu? Kawan aku tu trauma sampai sekarang.

Kes lain pulak, kawan aku kena ugut dengan EX dia, EX dia kata dia nak sebarkan gambar lucah (yang di superimpose kan) kawan aku. Gila tak gila.

Teknologi tersangat lah maju sekarang ini. Kadang-kadang masa depan pun boleh musnah gara-gara perkara yang orang tak ambil kisah ini.

Aku tahu, yang suka siarkan gambar ini semua nak tunjuk mereka comey, mereka cantik, mereka gebu, mereka hot, muka putih suci murni. Angpa jangan tak mengaku. Kalau bukan sebab itu, angpa habaq kat aku kenapa angpa suka upload gambar sendiri?

Bukan aku tak pernah upload gambar sendiri. Dekat Myspace dulu banyak kot aku upload. Tapi bila aku sedar banyak orang gila sekarang ini, aku matikan akaun tersebut. Bila aku sedar orang mungkin boleh bomoh gambar aku, kebanyakan gambar FB aku delete. Gambar tag itu memang tak boleh diselamatkan lah kan. Boleh hide jela.

Aku sedar banyak dah orang gila sekarang ini, angpa?


p/s: esok aku balik. Raya..raya..raya..

01 September 2010

GAMBAR HARI INI - 14


Tengok apa itu teddy buncit? Tidur..tidur.. Rotan kang haaa...


p/s: Lagi 3 hari aje! Bertahan!