Cari Entri Dulu

31 Mac 2011

MINGGU MAHU SENYUM.

Minggu ini minggu penat. Tadi dah lepas 1 test. Esok ada lagi 2 test. Sabtu Ahad pergi berkayak. Fuh!


Tapi, rasa nak senyum aja minggu ini. Tak tahu kenapa. Rasa bahagia dalam derita. Ecececeh.



Pagi tadi dah malu dah dengan Encik H. Aku suruh dia kejut aku bangun awal pagi sebab nak study untuk test. Then, dia call aku dan aku jawab dengan marah. Aku pikir masa tuh pukul 6 pagi dah, sekali baru pukul 3. Dialog nya adalah macam ni kot...

Aku: Tak kejut pun. (merajuk)
Encik H: Ni dah kejut lah ni. Sekarang baru pukul 3 pagi.
Aku: .... (terdiam jap)
Encik H: Cuba awak tengok jam betul-betul.. (nada dia lembut ja. Melting! haha)
Aku: .... (malu. hehe)

Segan tuh still ada lagi sampai sekarang. haha. Sorry Encik H sebab selalu jadi mangsa panas baran kita.

Malam tadi aku pergi tegur member lama. Rasa macam malas dah lah nak rasa marah2 dendam. Useless. Setiap perbualan aku atur dengan tenang. Takmo emo dah. Kita harap awak dah tak serabut ya! Kalau tak nak serabut cuba tenangkan diri dan pikir 1 benda dalam 1 masa. Nanti awak akan lebih aman. :)

Ni lagi 1. Homesick dah mai dah. Rasa nak balik rumah ja. Dari hari itu lagi. Tengah bersabar ja tunggu 15 April ni. :)

Apa-apa pun walau minggu ini penuh derita tapi aku pasti ada bahagia yang menanti. Banyak entri dah aku hutang ni. Nanti-nanti  lah aku bayar. :) 



Sedang menguap. Ok babai. 

29 Mac 2011

SEBUAH KELUARGA KAYAK (HARI KEDUA)


Tengok lah gambar bukti aku berkayak. Sangat besh ok. Sangat! :)

p/s: akan ada lagi entry susulan. Tiada masa lah nak taip. Minggu ini minggu sibuk!

27 Mac 2011

SEBUAH KELUARGA KAYAK

Sekarang jam lap top menunjukkan pukul 3.46 pagi. Dalam pukul 8.00 pagi sebentar lagi, aku akan ke Cheneh Resort & Recreation (CRR) semula untuk ujian praktikal kayak. Pelik kan kenapa aku tak tidur lagi? Bukan, malam semalam aku dah tertidur pukul 10 malam dan terjaga pada pukul 12 malam. Tapi tertido semula dan sedar pada pukul 2.30 pagi. Jadi aku pun pergi lah cuci kain baju dan kemas beg. 


Yesterday was great! Awesome!

Pertama kali pegang kayak, guna kayak, pegang pedal. Pertama kali! Seronok! Walaupun sakit sana sini tapi its still fun! 

Pertama kali juga dalam hidup aku pakai sunblock. Alhamdulillah. Muka aku masih di tahap normal. 

Bila berkayak, secara automatik kita dah bentuk satu keluarga yang saling tolong menolong dan sentiasa memberi kerjasama yang baik. Dari tak kenal jadi kenal. Yang tak pernah berteguran sakan bergelak. Yang kuat membantu yang kurang kuat. Semua itu tak perlu di suruh, kerana ia datang dari hati.

Semalam dapat kawan baru juga pengalaman baru. Dan perkara yang paling bernilai adalah senyuman masing-masing. Rasa bahagia ja. :)

Aku nak ambil banyak gambar tapi masalah nya camera aku bukan waterproof. Jadi kami banyak ambil gambar sebelum tiba di lokasi. Sayang kan.

Terima kasih kerana buat hari ku ceria dan aku sentiasa bersyukur dengan apa yang ada dan apa yang terjadi.  Doakan aku dapat full marks untuk ujian nanti! hehe. 

Insyallah akan menyusul update untuk hari kedua berkayak di Cheneh. 


p/s: minggu depan - submit lab report EMT, buat persuasive speech, test Math, Analog, EMT. 
p/s: program berkayak di Tanjong Gosong pada 2-3/ April 2011.
p/s: Aku mintak Encik H kahwen dengan aku awal sedikit sebab nak suruh dia ajar aku berenang. hehe. Takmo lambat sangat yek kawen, penat lah tunggu. :p

24 Mac 2011

SELAMA-LAMANYA PASHMINA KESAYANGAN



Gedik teddy. Sebuk nak jadi model. Buat selimut pulak tuh.

p/s: Kayak untuk dua minggu berturut-turut. Doakan aku selamat.

20 Mac 2011

KEMPUNAN SUPERMOON

Semangat aku tunggu nak tengok bulan besar. Sebenarnya, bukan besar tapi dekat tapi takde rezeki. Aku jadi teruja bila tengok gambar yang Encik H hantar pada aku, dari kawannya yang berada di New Zealand.

8.30pm waktu New Zealand

Aku tunggu dari 8.30pm. Tapi masih kelihatan seperti biasa. Setiap jam aku turun jenguk bulan, masih macam itu jugak. :(

Pukul 3 pagi waktu Malaysia

Kali terakhir aku jenguk adalah pada pukul 3 pagi. Masih macam itu. Ke hulur ke hilir aku bawak camera aku ni ha. Akhirnya, benda lain yang jadi mangsa tangkapan kamera.

Kambing sedang berpicnic di bawah blok aku

Oleh kerana sedikit stress, aku hambek pashmina dan cuba gaya yang baru aku belajar. Jijah, rumet aku dah biasa dah dengan fenomena ini.

Cak!. Saja upload yang tak clear, buat apa nak upload yang clear. :)

Sekarang hujan, bila entah nak cuci baju, bila entah nak jemur bawah matahari terik. Harap-harap sebentar lagi panas terik. Harap sangat-sangat.

Ehem. Entah bagaimana mata aku boleh segar sampai sekarang. Kerja EEES sudah aku langsaikan. Tinggal siang nanti nak buat kerja sekolah pulak. Dalam 10 hari lagi Test 2. Lepas itu, dalam 5 minggu lagi selepas test Final Exam pulak. Lepas itu balik selama 4 BULAN! yeeehhaaaa!

p/s: aku tak kisah orang nak gelak bila tengok style pashmina aku sebab aku tahu diorang jeles. #ayatnaksedapkanhatikbai

17 Mac 2011

SMILE MASTURAH!

Assalamualaikum. Semalam merupakan hari yang penat lah jugak. Bila penat, ia akan memberi kesan kepada emosi. Itu normal.

Petang semalam, aku penat sangat buat wiring. Kenal deal dengan besi and watsoever. Next entry, i will show you the besi thingy. Perkara itu tidak memenatkan kalau aku rajin bersenam petang-petang. Apa kaitan nya? Bila badan kita tak dilatih untuk sesuatu situasi yang berat, kita memang sukar nak hadapi nya. Boleh tapi sukar.

Selepas wiring, ada meeting. Semasa meeting, aku macam nak tutup mata dah. Mengantuk! Balik dari meeting, aku terus tidur. Sedar-sedar dah pukul 8 malam. Bermula dari sini lah mood aku spoil habis sebab aku ter miss solat Asar.

Tak cukup dengan itu, bila bangun ja, baca message yang pukul 10 malam ada meeting. Mendidih lagi. Bukan mendidih sebab meeting, tapi sebab apa yang aku rancang untuk waktu malam tak menjadi. Bila fikir tentang tanggungjawab, aku terus rela kan diri menghadiri meeting itu.

Malam tadi memang aku diam dengan sesiapa pun lah. Minta maaf. Bila aku marah diri sendiri, aku memang akan jadi bisu. Sebab aku kena tenangkan diri. Mulut bisu, muka pun masam.

Aku sedar, kalau selalu stress, ia kan affect kesihatan kita. Kalau bukan sekarang, mungkin di masa depan nanti. Ya. Aku hot-tempered orangnya. Tak percaya? Tanyalah Encik H dah berapa kali dia kena tempias?Minta maaf. =.=

Mulai sekarang aku akan cuba lah kawal baran ini. Lagi satu aku akan cuba sembunyi kan perasaan marah walau aku marah diri sendiri sekalipun.

Ok lah. Nak tidur.

13 Mac 2011

LAWATAN PERDANA MENTERI KE UMP PEKAN.

Terima kasih YAB kerana dapat hadir melihat keadaan kami di sini!



Hari yang memenatkan sebab aku berdiri dari pagi sampai tengahari. Aku bertugas sebagai AJK sambutan di khemah jamuan (sebagai ketua L4). Lawak bila ramai yang nak bertugas di bawah aku atas alasan dekat dengan makanan.

Tapi masa bertugas, ada pulak yang jauh dari khemah. Ada tuh pergi dengar PM berucap kat khemah utama, ada yang tu pulak sempat dating. Ehem, kalau bertugas tu buat cara bertugas. Bila aku dapat tahu dia pergi dating, panas sekejap hati aku masa itu.

Hari-hari dating tak bosan ke?

Biarkan.

Hari ini juga pakcik cafe yang kamcing dengan kami tolong tapau kan lauk. Terbaik lah. Hari ini makan free siang malam. Alhamdulillah.

Hari ini juga papa mama pergi Melaka untuk berubat. Alhamdulillah mereka selamat pergi dan balik rumah. Aku harap keadaan mama akan bertambah baik.

Hari ini juga merupakan kali ketiga aku pakai baju korporat EEES tuh. Rasa macam bergaya aje. Tapi yang tak cantik nya seluar aku labuh sangat. Habis UMP ni aku sapu. Balik nanti nak beli baju formal lah. Kasut jugak! lalalaa

Terus terang, aku tak dengar apa yang PM cakap tadi sebab aku berada di khemah belakang, dan sibuk ambil gambar. Papa, thanks again for this awesome camera!

Anyway, dapat jugak lah tengok beliau secara live kan. Sebelum ini isteri beliau, sekarang beliau. Al-maklum lah aku belajar di kawasan dia.

gotcha! P.A dia tak bagi ambil gambar beliau masa makan, tapi member aku selamba je.

Sekejap lagi mungkin aku nak buat assignment yang mampu aku buat lah. Tapi sebelum tuh nak solat dulu. Atau mungkin nak tidur je lepas solat. hehe.

ini bukan camera aku, ianya D3000 pian.

p/s: Nak balik minggu depan tapi... ada meeting pulak. T__T

12 Mac 2011

NAK COMEY MACAM DIA BOLEH?


Nak comey macam dia boleh?

Serius aku tengah ting tong dengan mandarin tadi. Haiya. Tapi lepas layan video clip Cuma Aku tadi, terus malas nak study dah. Comey sangat ok dia ni. haha. Gila macam lesbo.

Setiap anugerah ada hikmah dan musibah di sebaliknya. Jadi bersyukur lah dengan apa yang ada. Aku bersyukur dengan apa yang Allah dah hadiah kan pada aku. Kadang-kadang aku tersengih sendiri bila tengok cermin. haha. Bongek.

Tetiba nak upload gambar sendiri pulak. TAPI untuk apa? Untuk buat orang hina maki puji ka? Tak nak lah. Mungkin sebelum ini aku tunjuk habis muka aku kan. Sekarang tak dah. Mesti aku edit dulu before upload. Kalau nak tengok muka betul, tengok secara live okeh? Masa kenduri kahwin aku ke. Apa ke. 

Bersepah kot struktur cerita aku ni. Minta maaf lah ye. Aku taip je apa yang aku fikir sekarang ni.

p/s: nak upload jugak lah. haha 
p/s: ini entry yang dikarang semalam. semalam line agak tak sehat. jadi payah nak publish.
p/s: dalam 11 jam lagi PM akan berada di UMP Pekan.
p/s: semoga hamba Allah yang ditimpa musibah dapat bersabar. Allah tahu apa yang terbaik buat hamba Nya




10 Mac 2011

APA CERITA?

Beberapa hari ini aku macam kelam kabut sedikit lah. Biasalah tu kan. Bila weekend senang semacam, weekdays jadi gila sedikit lah. Sedikit? Blah. Banyak kot.



Dah tiga malam berturut-turut aku tidur pukul 3 pagi. Esok nya kelas pukul 9 pagi. Terbaik. Setiapa kali sebelum habis kelas pada pukul 5 petang, aku berazam balik bilik terus nak landing atas katil. Namun, dengan kuasa Tuhan, aku tak mampu nak lelap. Lagipun tak baik tidur lepas Asar kan.

Erm. Ini bahagian yang paling pelik lah. Papa dengan mama risau sangat pada aku ke? Atau mereka ada agenda tersembunyi? Ada pagi itu, mama telefon sebab saja-saja nak cakap, aku tengah kuliah ketika itu. sejurus selepas itu, papa sms aku tanya dah breakfast belum? Heh? Then tadi papa telefon semata-mata nak tanya aku dah makan belum?

Papa mama rindu ya? Kakak nak balik tapi tiada kesempatan lagi. Insyallah kakak balik bila berkelapangan ya. Rindu jugak pada mereka. Sangat rindu!

Lagi satu, Encik H sorang ni suka tau nak test skill pujuk-memujuk aku. Malangnya aku failed test tuh. Sorry lah awak, kita tak reti nak pujuk orang, pujuk kucing retilah. lalalala.

Sabtu ini aku antara yang menjadi penyambut tetamu. Sambut PM kesayangan kot. Ulalalala. Bik Mama pun ada ke? Hehe. Baru plan nak pakai cun-cun, sekali presiden kesayangan suruh pakai baju korporat ja. Ok lah. At least aku tak kufur nikmat. Baju korporat tu aku baru pakai dua kali kot. Dah setahun jugak lah usia baju tuh.

Ehem. Lawak kan jika umur masih muda tapi suara dah macam orang berumur. Weee. Lawak lah. Nasib baik suara aku masih dalam kategori gadis sunti 20-an. Haha. Tak percaya, nah cal aku. 013-xx5xxxx3. No fon aku antara no yang tak perlu banyak memory space untuk ingat.

Oklah. Nak solat, nak tidur. Esok kelas habis pukul 1 tapi ada meeting pukul 1.

Tahniah Harimau Malaya!

p/s: sedang tunggu hadiah!

08 Mac 2011

INI YANG BUAT AKU MAKIN SAYANG NI.

Sayang sangat pada orang itu. Kenapa? Sebab dia berjaya meninggikan kemungkinan untuk aku mendapat tekanan darah tinggi di usia muda. Terbaik. 


Sayang sangat pada orang itu, sebab dia berjaya lah mengubah rutin hidup aku iaitu dari tidur pukul 12 malam setiap hari bekerja, kepada 3 pagi. Superb.

Sayang sangat pada orang itu, sebab dia berjaya lah buat kawan-kawan aku rasa tak senang bila emosi aku tak seimbang. Kawan yang selalu gelak dengan aku pun jadi diam. Tak tahu macam mana nak buat aku gelak dah. Nice.

Sayang sangat pada orang itu sebab dia hampir buat aku tak suka kerja aku. Pergh.

Sayang sangat pada orang itu sebab dia berjaya menghilangkan kimia diantara kami. Hebat.

Sayang sangat pada orang itu sebab dia berjaya tunjuk pada aku yang dia cakap tak serupa bikin. Wow.

Kepada orang-orang yang aku sayang kat atas ni kan, aku harap tiada yang ada buat korang rasa sayang sangat macam aku rasa ni. Serius ni. Nanti perasaan sayang kau tu membuak-buak weyh macam nak tolak orang mandi dalam lava kat gunung berapi aktif.

Beware. Aku tak suka cari pasal. Tapi bila kau dah buat pasal aku harap kau tak menyesal.

Hambek kau.


p/s: #nowplaying Suci sekeping hati - Saujana

05 Mac 2011

REPEKAN

Mulai hari ini tempat repekan dah jadi tiga! Oficially okeh. *potong riben merah*

Pertama sudah tentu tapak yang aku dah teroka dari aku berumur 19 tahun ini. Atas nasihat Najatun kesayangan, aku buat lah belogsepot ni jadi tempat luahan hati la sangat. Kalau diikutkan banyak jugak post yang aku dah padam berikutan tidak sesuai dengan arus masa. Lagi satu, post emo telah di simpan di kotak draft. bila aku baca balik aku tergelak seorang. Comey nye aku time tuh. Kan Along? Aku tahu kau tak suka entri jiwang aku. lalalala


Kedua, tempat repekan tanpa format yang buat aku ketagih sampai sekarang. Burung berkicap tanda aku tweet meraban. Aku suka! Ok-ok biar aku korang nampak sedikit. Tak silap aku, tak banyak kawan aku yang ada TWITTER. Bagus! Tak payah buat, nanti payah aku nak merepek sebab nanti ada yang sensitip jadi kontroversi masuk miludi.


Ketiga, ini aku dah lama ada, cuma tak berapa aktif je. Tapi malam tadi dah aktif balik. TUMBLR.COM. Ini aku buat tempat aku tempek semua gambar pakai camera yang papa bagi tuh. Terima kasih papa. Encik H, takmo jelez-jelez gambar yang di snap sangat cun ya. lalalalala.




Jadi, untuk para stalker yang suka stalk hidup aku *hehe*, sila lah terjah 3 ruangan ini secara educated okeh. Aku ini memang jari hangat sedikit. Aku tengok tak betul sedikit aku tulis kat sini. Nak buat macam mana, aku hanya mampu menaip ja. Itu sahaja kekuatan yang aku ada sekarang ni.

Aku betul-betul lah tak paham dengan orang zaman sekarang. Kita ini kena lah tegur sesama kita kalau ada silap. Dah tuh, jangan lah guna frasa "cermin diri kau dulu". Hey listen up. Tiada siapa yang dilahirkan sempurna. Kalau orang yang sempurna ja yang layak menegur orang, hancur lah dunia.

Kalau orang tegur tuh, ambil positif sudah. Jangan lah mengamuk. Sekurang-kurangnya dia nampak silap kau dan dia tegur. Nak harap kawan sebelah kau tegur, harapan lah.

Ingat, tidak semestinya orang yang compang camping tak bulih nak menegur kesilapan orang yang cantik dan kemas tuh. Tidak semestinya yang bodoh tak bulih tegur silap orang bijak kerana di dalam kebodohan ada terselit kebijakan. Allah S.W.T menjadi kan manusia untuk saling melengkapi dan saling membantu.

Take care. :)

p/s: "Cermin diri kau dulu." Boo la weh. Cermin diri kau balik, cantik tak muka emo tuh. Dush3. Hey hey hey, ini bukan entri emo okeh. Sila baca dengan nada riang seperti kanak-kanak dapat lolipop.

04 Mac 2011

AWAK..


Kalau Allah takdirkan kita tiada jodoh dengan awak, 
kita nak minta papa mama tentukan jodoh kita.
Kita dah tak berdaya nak mencari yang lain.


FAMILY FIRST, PRAIM MINISTAR SECOND.

*aku bukan parti kerajaan mahupun pembangkang, aku parti birthday*


Haha. Nak balik rumah minggu depan, tapi praim ministar datang jenguk kampus kesayangan aku yang tak sampai suku pun siap ni ha.

Tapi aku nak balik rumah jugak. Rindu pada family di KL.

Jadi marilah amal kan beramai-ramai..

FAMILY FIRST, PRAIM MINISTAR SECOND!

Lalalala..whatever.
Jangan bagi aku memberontak.

p/s: dah pandai memberontak kau sekarang Masturah. Haruslah, zaman remaja aku jarang memberontak, dah dewasa baru pandai memberontak. 


Enhanced by Zemanta

02 Mac 2011

BERAT SAYA 45 KG TINGGI 163CM

UNDERWEIGHT ok! Ini namanya tidak patut. haha. Kawan-kawan lesbo aku pakat jeles dan nak berat macam aku tapi korang kena tahu yang aku mahu kan berat yang lebih berat dari ini. Supaya aku lebih sihat.


Ada yang tertipu dengan menyangka muka selebar aku berbadan ala-ala adibah noor gitu. Tet! ANDA TERTIPU. 

Percaya atau tak aku boleh menyorok di sebalik tiang letrik? Macam cerita kartun gitu kan. haha.

Tinggi dah nice-nice dah, tapi aku tengah usahakan untuk tambah berat. 

HELLO!  Aku tak pernah berdiet okeh. Dan aku makan ikut waktu, dan makan ikut rasa bila lapar.

Ada kawan aku kata kau kena bersukan, InsyAllah, berat badan akan bertambah. Jadi, dengan court basketball yang dah siap depan cafe itu, aku berharap aku akan tembam seperti zaman maktab dahulu. Zaman maktab lah, zaman paling tembam aku sampai kain kurung aku ketat. Pergh!

Aja..aja..fighting! :)

psst..lebar kan? haha

p/s: ampun dipinta kepada presiden kesayangan kerana aku tak dapat ke UTM. 

GIVEAWAY | SMILE BAGGY GIVEAWAY

Ini giveaway tentang bag. Aku suka beg. Walau dah banyak beg, aku masih akan beli mana yang aku berkenan. Dan aku akan terus begini. haha. Marilah join giveaway ni. Dapat beg loh... Nak beg!



Teringin nak join? Tekan banner pinky ni ha.. hehe. Fy, Mas dah joined ni! :)

Aku tag : 


p/s: Mama pernah marah bila aku kata aku nak beli beg lagi. :p

AKU TAHU ALLAH DAH ATURKAN JALAN CERITA TERBAIK UNTUK AKU

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Tak nyempat-nyempat aku lepas mandi terus update blog. haha. No time to lose! 

Beberapa hari ini hormon aku tak stabil. Pagi ini baru aku tahu kenapa jadi macam tuh. :) 

Bermula dari dua minggu yang lepas, tidur aku tak menentu, tapi makan masih ikut waktu. Pada dua minggu yang lepas, aku asyik menghadap test aje. Lepas habis test, benda lain pulak yang datang. ASSIGNMENT! 

Sebenarnya hidup kita penuh dengan assignment, tak kira lah budak tadika ke, pelajar IPTA ke, atau papa mama atok nenek kita. Dalam kita tak sedar hari-hari kita cuba siap kan assignment itu dengan sebaik mungkin. Contoh assignment berterusan sampai kita mati adalah SOLAT 5 WAKTU SEHARI SEMALAM iaitu RUKUN ISLAM YANG KE DUA. Pandai~ Pada yang dah besaq-besaq tuh, tunaikan lah kewajipan ini sebagai seorang Muslim.

Beberapa hari ini juga aku ditimpa ujian lain selain test atas kertas itu. Bila semua nya sudah selesai aku rasa bersyukur kerana disebalik kepahitan itu, ada kemanisan yang menanti.

Setiap kali aku ditimpa musibah, aku selalu ingat kan diri aku, ada hikmah disebalik perkara ini.

Bila sudah tamat perkara itu dan tidak seperti yang aku jangkakan, aku ingat kan diri aku, Allah telah aturkan jalan cerita terbaik untuk hidup aku. Jadi aku redha.. 

Perkara ini yang akan sentiasa berlegar dalam fikiran aku bila mana, aku kalah dalam sesuatu. Bila aku menang, aku tidak terlalu gembira kerana aku tahu ada kepahitan juga disebalik kemanisan.

Okeh! Nak bersiap pergi kelas Engineering Lab! Hari ini kelas industrial wiring start! :)

p/s: Encik H, terima kasih kerana sentiasa bersabar dengan kita.


01 Mac 2011

AKU TAK TIDUR LAGI.

Risau. Sebab lab report EMT kena buat dalam format IEEE. Tapi kelihatan tak ramai mengambil berat tentang itu. Aku risau Dr Ahmed itu bad mood 6 jam yang akan datang.

Format IEEE? Pertama kali aku tengok format ini. Itu pun aku search google. Lecturer tak pernah tekan kan pun pasal format ini. Apakah?

Heyhey, tadi aku dalam kotak bergerak dari Gambang ke Pekan. Seperti biasa, 1 jam bukan lah satu hal yang besar. Lagi pun bukan aku yang drive merentasi malam yang seakan tiada masa depan. Gelap. Risau aku akan keselamatan driver bas yang akan pulang ke UMP Gambang itu.

Di dalam kota bergerak itu aku sempat memanaskan mata. Sekadar melepas kan lelah yang tak terluah dengan kata. Jadi aku pakai air. Mudah, senyap dan efektif. Dalam kotak bergerak tidak sunyi akibat deruan enjin motor nya. Jadi, aku anggap sahaja penumpang yang lain pekak dan sedang enak di buai mimpi.

Aku tak tahu SATAN apa yang merasuk aku supaya aku bertindak se agresif begitu. Sungguh tak pernah aku buat begitu. Namun aku buat tanpa sesal. Kau sakit kah? Ah, mungkin aku orang yang lebih sakit.

Mungkin di saat Tuhan cuci otak ku, sakit lampau ku mungkin hilang. Dan aku harap tak kembali. Hunus lah aku dengan kata-kata caj positif, sungguh aku tidak akan terima.

Hati-hati buat anak dara seperti aku ini rasa sayang pada kalian, kerana kalian akan sentiasa dihantui oleh kasih sayang aku. Takut tak? Kalau takut, STAY AWAY FROM MY LIFE! dush3.

p/s: si gadis seakan kuat tapi lemah cuba berfikir apa kekurangan nya sehingga ramai orang yang confirm tak boleh mengandung meninggalkan dia tanpa sebab. Mungkin dia membawa terlebih caj negatif atau positif? Repekan di pagi Selasa.