Cari Entri Dulu

20 Mac 2011

KEMPUNAN SUPERMOON

Semangat aku tunggu nak tengok bulan besar. Sebenarnya, bukan besar tapi dekat tapi takde rezeki. Aku jadi teruja bila tengok gambar yang Encik H hantar pada aku, dari kawannya yang berada di New Zealand.

8.30pm waktu New Zealand

Aku tunggu dari 8.30pm. Tapi masih kelihatan seperti biasa. Setiap jam aku turun jenguk bulan, masih macam itu jugak. :(

Pukul 3 pagi waktu Malaysia

Kali terakhir aku jenguk adalah pada pukul 3 pagi. Masih macam itu. Ke hulur ke hilir aku bawak camera aku ni ha. Akhirnya, benda lain yang jadi mangsa tangkapan kamera.

Kambing sedang berpicnic di bawah blok aku

Oleh kerana sedikit stress, aku hambek pashmina dan cuba gaya yang baru aku belajar. Jijah, rumet aku dah biasa dah dengan fenomena ini.

Cak!. Saja upload yang tak clear, buat apa nak upload yang clear. :)

Sekarang hujan, bila entah nak cuci baju, bila entah nak jemur bawah matahari terik. Harap-harap sebentar lagi panas terik. Harap sangat-sangat.

Ehem. Entah bagaimana mata aku boleh segar sampai sekarang. Kerja EEES sudah aku langsaikan. Tinggal siang nanti nak buat kerja sekolah pulak. Dalam 10 hari lagi Test 2. Lepas itu, dalam 5 minggu lagi selepas test Final Exam pulak. Lepas itu balik selama 4 BULAN! yeeehhaaaa!

p/s: aku tak kisah orang nak gelak bila tengok style pashmina aku sebab aku tahu diorang jeles. #ayatnaksedapkanhatikbai

2 reaksi homosapien:

Catat Ulasan

komen lah dengan ikhlas ya. Aku terima sahaja manis atau tajam.