Sayang sangat pada orang itu. Kenapa? Sebab dia berjaya meninggikan kemungkinan untuk aku mendapat tekanan darah tinggi di usia muda. Terbaik.
Sayang sangat pada orang itu, sebab dia berjaya lah mengubah rutin hidup aku iaitu dari tidur pukul 12 malam setiap hari bekerja, kepada 3 pagi. Superb.
Sayang sangat pada orang itu, sebab dia berjaya lah buat kawan-kawan aku rasa tak senang bila emosi aku tak seimbang. Kawan yang selalu gelak dengan aku pun jadi diam. Tak tahu macam mana nak buat aku gelak dah. Nice.
Sayang sangat pada orang itu sebab dia hampir buat aku tak suka kerja aku. Pergh.
Sayang sangat pada orang itu sebab dia berjaya menghilangkan kimia diantara kami. Hebat.
Sayang sangat pada orang itu sebab dia berjaya tunjuk pada aku yang dia cakap tak serupa bikin. Wow.
Kepada orang-orang yang aku sayang kat atas ni kan, aku harap tiada yang ada buat korang rasa sayang sangat macam aku rasa ni. Serius ni. Nanti perasaan sayang kau tu membuak-buak weyh macam nak tolak orang mandi dalam lava kat gunung berapi aktif.
Beware. Aku tak suka cari pasal. Tapi bila kau dah buat pasal aku harap kau tak menyesal.
Hambek kau.
p/s: #nowplaying Suci sekeping hati - Saujana
2 reaksi homosapien:
Kenapa ni? Jangan marah-marah. hari ni kan hari Wanita Sedunia...
Kalau nak hilang rasa marah, bole baca latest entry kat blog saya. Saya ada menulis entry khas bersempena sambutan ke 100 Hari Wanita Sedunia hari ini.
Jika berkesempatan, silalah berkunjung ke laman blog saya. Bole klik ke:
http://ditelanzaman.blogspot.com/2011/03/setem-sambutan-hari-wanita-antarabangsa.html
Selamat Menyambut Hari Wanita…Harapnya entry saya boleh mengurangkan tension awak...
saya pun sayang sangat orang macam tu...memang terbaik...
Catat Ulasan
komen lah dengan ikhlas ya. Aku terima sahaja manis atau tajam.