Cari Entri Dulu

02 Mac 2011

AKU TAHU ALLAH DAH ATURKAN JALAN CERITA TERBAIK UNTUK AKU

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Tak nyempat-nyempat aku lepas mandi terus update blog. haha. No time to lose! 

Beberapa hari ini hormon aku tak stabil. Pagi ini baru aku tahu kenapa jadi macam tuh. :) 

Bermula dari dua minggu yang lepas, tidur aku tak menentu, tapi makan masih ikut waktu. Pada dua minggu yang lepas, aku asyik menghadap test aje. Lepas habis test, benda lain pulak yang datang. ASSIGNMENT! 

Sebenarnya hidup kita penuh dengan assignment, tak kira lah budak tadika ke, pelajar IPTA ke, atau papa mama atok nenek kita. Dalam kita tak sedar hari-hari kita cuba siap kan assignment itu dengan sebaik mungkin. Contoh assignment berterusan sampai kita mati adalah SOLAT 5 WAKTU SEHARI SEMALAM iaitu RUKUN ISLAM YANG KE DUA. Pandai~ Pada yang dah besaq-besaq tuh, tunaikan lah kewajipan ini sebagai seorang Muslim.

Beberapa hari ini juga aku ditimpa ujian lain selain test atas kertas itu. Bila semua nya sudah selesai aku rasa bersyukur kerana disebalik kepahitan itu, ada kemanisan yang menanti.

Setiap kali aku ditimpa musibah, aku selalu ingat kan diri aku, ada hikmah disebalik perkara ini.

Bila sudah tamat perkara itu dan tidak seperti yang aku jangkakan, aku ingat kan diri aku, Allah telah aturkan jalan cerita terbaik untuk hidup aku. Jadi aku redha.. 

Perkara ini yang akan sentiasa berlegar dalam fikiran aku bila mana, aku kalah dalam sesuatu. Bila aku menang, aku tidak terlalu gembira kerana aku tahu ada kepahitan juga disebalik kemanisan.

Okeh! Nak bersiap pergi kelas Engineering Lab! Hari ini kelas industrial wiring start! :)

p/s: Encik H, terima kasih kerana sentiasa bersabar dengan kita.


2 reaksi homosapien:

Nama Diberi Hizzul Hamli berkata... [Reply]

saba la dgn ujian2 yg lalu...
hargai ape yg ade sekarang sblum ia hilang seperti yg lepas2....

Masturah Idrus berkata... [Reply]

@hizzul

baik..... :)

Catat Ulasan

komen lah dengan ikhlas ya. Aku terima sahaja manis atau tajam.