Sekarang jam lap top menunjukkan pukul 3.46 pagi. Dalam pukul 8.00 pagi sebentar lagi, aku akan ke Cheneh Resort & Recreation (CRR) semula untuk ujian praktikal kayak. Pelik kan kenapa aku tak tidur lagi? Bukan, malam semalam aku dah tertidur pukul 10 malam dan terjaga pada pukul 12 malam. Tapi tertido semula dan sedar pada pukul 2.30 pagi. Jadi aku pun pergi lah cuci kain baju dan kemas beg.
Yesterday was great! Awesome!
Pertama kali pegang kayak, guna kayak, pegang pedal. Pertama kali! Seronok! Walaupun sakit sana sini tapi its still fun!
Pertama kali juga dalam hidup aku pakai sunblock. Alhamdulillah. Muka aku masih di tahap normal.
Bila berkayak, secara automatik kita dah bentuk satu keluarga yang saling tolong menolong dan sentiasa memberi kerjasama yang baik. Dari tak kenal jadi kenal. Yang tak pernah berteguran sakan bergelak. Yang kuat membantu yang kurang kuat. Semua itu tak perlu di suruh, kerana ia datang dari hati.
Semalam dapat kawan baru juga pengalaman baru. Dan perkara yang paling bernilai adalah senyuman masing-masing. Rasa bahagia ja. :)
Aku nak ambil banyak gambar tapi masalah nya camera aku bukan waterproof. Jadi kami banyak ambil gambar sebelum tiba di lokasi. Sayang kan.
Terima kasih kerana buat hari ku ceria dan aku sentiasa bersyukur dengan apa yang ada dan apa yang terjadi. Doakan aku dapat full marks untuk ujian nanti! hehe.
Insyallah akan menyusul update untuk hari kedua berkayak di Cheneh.
p/s: minggu depan - submit lab report EMT, buat persuasive speech, test Math, Analog, EMT.
p/s: program berkayak di Tanjong Gosong pada 2-3/ April 2011.
p/s: Aku mintak Encik H kahwen dengan aku awal sedikit sebab nak suruh dia ajar aku berenang. hehe. Takmo lambat sangat yek kawen, penat lah tunggu. :p
1 reaksi homosapien:
Hahaha. Ajak kahwin cepat yang tak leh blah tu!
Catat Ulasan
komen lah dengan ikhlas ya. Aku terima sahaja manis atau tajam.