Terima kasih YAB kerana dapat hadir melihat keadaan kami di sini!
Hari yang memenatkan sebab aku berdiri dari pagi sampai tengahari. Aku bertugas sebagai AJK sambutan di khemah jamuan (sebagai ketua L4). Lawak bila ramai yang nak bertugas di bawah aku atas alasan dekat dengan makanan.
Tapi masa bertugas, ada pulak yang jauh dari khemah. Ada tuh pergi dengar PM berucap kat khemah utama, ada yang tu pulak sempat dating. Ehem, kalau bertugas tu buat cara bertugas. Bila aku dapat tahu dia pergi dating, panas sekejap hati aku masa itu.
Hari-hari dating tak bosan ke?
Biarkan.
Hari ini juga pakcik cafe yang kamcing dengan kami tolong tapau kan lauk. Terbaik lah. Hari ini makan free siang malam. Alhamdulillah.
Hari ini juga papa mama pergi Melaka untuk berubat. Alhamdulillah mereka selamat pergi dan balik rumah. Aku harap keadaan mama akan bertambah baik.
Hari ini juga merupakan kali ketiga aku pakai baju korporat EEES tuh. Rasa macam bergaya aje. Tapi yang tak cantik nya seluar aku labuh sangat. Habis UMP ni aku sapu. Balik nanti nak beli baju formal lah. Kasut jugak! lalalaa
Terus terang, aku tak dengar apa yang PM cakap tadi sebab aku berada di khemah belakang, dan sibuk ambil gambar. Papa, thanks again for this awesome camera!
Anyway, dapat jugak lah tengok beliau secara live kan. Sebelum ini isteri beliau, sekarang beliau. Al-maklum lah aku belajar di kawasan dia.
gotcha! P.A dia tak bagi ambil gambar beliau masa makan, tapi member aku selamba je.
Sekejap lagi mungkin aku nak buat assignment yang mampu aku buat lah. Tapi sebelum tuh nak solat dulu. Atau mungkin nak tidur je lepas solat. hehe.
ini bukan camera aku, ianya D3000 pian.
p/s: Nak balik minggu depan tapi... ada meeting pulak. T__T
2 reaksi homosapien:
waa..semarttt bgaye dgn baju korporat..heee...
kau dpt hadiah cam kah??best ok!haha
anyway,doa utk ur mama..smoga sihat sntiasa..=)
alaa najib..meh la datang kampus aku jugak. teringin nak tengok mu la najib hak3
Catat Ulasan
komen lah dengan ikhlas ya. Aku terima sahaja manis atau tajam.