Cari Entri Dulu

05 Mac 2011

REPEKAN

Mulai hari ini tempat repekan dah jadi tiga! Oficially okeh. *potong riben merah*

Pertama sudah tentu tapak yang aku dah teroka dari aku berumur 19 tahun ini. Atas nasihat Najatun kesayangan, aku buat lah belogsepot ni jadi tempat luahan hati la sangat. Kalau diikutkan banyak jugak post yang aku dah padam berikutan tidak sesuai dengan arus masa. Lagi satu, post emo telah di simpan di kotak draft. bila aku baca balik aku tergelak seorang. Comey nye aku time tuh. Kan Along? Aku tahu kau tak suka entri jiwang aku. lalalala


Kedua, tempat repekan tanpa format yang buat aku ketagih sampai sekarang. Burung berkicap tanda aku tweet meraban. Aku suka! Ok-ok biar aku korang nampak sedikit. Tak silap aku, tak banyak kawan aku yang ada TWITTER. Bagus! Tak payah buat, nanti payah aku nak merepek sebab nanti ada yang sensitip jadi kontroversi masuk miludi.


Ketiga, ini aku dah lama ada, cuma tak berapa aktif je. Tapi malam tadi dah aktif balik. TUMBLR.COM. Ini aku buat tempat aku tempek semua gambar pakai camera yang papa bagi tuh. Terima kasih papa. Encik H, takmo jelez-jelez gambar yang di snap sangat cun ya. lalalalala.




Jadi, untuk para stalker yang suka stalk hidup aku *hehe*, sila lah terjah 3 ruangan ini secara educated okeh. Aku ini memang jari hangat sedikit. Aku tengok tak betul sedikit aku tulis kat sini. Nak buat macam mana, aku hanya mampu menaip ja. Itu sahaja kekuatan yang aku ada sekarang ni.

Aku betul-betul lah tak paham dengan orang zaman sekarang. Kita ini kena lah tegur sesama kita kalau ada silap. Dah tuh, jangan lah guna frasa "cermin diri kau dulu". Hey listen up. Tiada siapa yang dilahirkan sempurna. Kalau orang yang sempurna ja yang layak menegur orang, hancur lah dunia.

Kalau orang tegur tuh, ambil positif sudah. Jangan lah mengamuk. Sekurang-kurangnya dia nampak silap kau dan dia tegur. Nak harap kawan sebelah kau tegur, harapan lah.

Ingat, tidak semestinya orang yang compang camping tak bulih nak menegur kesilapan orang yang cantik dan kemas tuh. Tidak semestinya yang bodoh tak bulih tegur silap orang bijak kerana di dalam kebodohan ada terselit kebijakan. Allah S.W.T menjadi kan manusia untuk saling melengkapi dan saling membantu.

Take care. :)

p/s: "Cermin diri kau dulu." Boo la weh. Cermin diri kau balik, cantik tak muka emo tuh. Dush3. Hey hey hey, ini bukan entri emo okeh. Sila baca dengan nada riang seperti kanak-kanak dapat lolipop.

1 reaksi homosapien:

zik berkata... [Reply]

jarang berhubung kita di blog nih..keke.. takpe janji di twitter pun kadang2 jugak.... huhu

Catat Ulasan

komen lah dengan ikhlas ya. Aku terima sahaja manis atau tajam.