Beberapa hari ini aku macam kelam kabut sedikit lah. Biasalah tu kan. Bila weekend senang semacam, weekdays jadi gila sedikit lah. Sedikit? Blah. Banyak kot.
Dah tiga malam berturut-turut aku tidur pukul 3 pagi. Esok nya kelas pukul 9 pagi. Terbaik. Setiapa kali sebelum habis kelas pada pukul 5 petang, aku berazam balik bilik terus nak landing atas katil. Namun, dengan kuasa Tuhan, aku tak mampu nak lelap. Lagipun tak baik tidur lepas Asar kan.
Erm. Ini bahagian yang paling pelik lah. Papa dengan mama risau sangat pada aku ke? Atau mereka ada agenda tersembunyi? Ada pagi itu, mama telefon sebab saja-saja nak cakap, aku tengah kuliah ketika itu. sejurus selepas itu, papa sms aku tanya dah breakfast belum? Heh? Then tadi papa telefon semata-mata nak tanya aku dah makan belum?
Papa mama rindu ya? Kakak nak balik tapi tiada kesempatan lagi. Insyallah kakak balik bila berkelapangan ya. Rindu jugak pada mereka. Sangat rindu!
Lagi satu, Encik H sorang ni suka tau nak test skill pujuk-memujuk aku. Malangnya aku failed test tuh. Sorry lah awak, kita tak reti nak pujuk orang, pujuk kucing retilah. lalalala.
Sabtu ini aku antara yang menjadi penyambut tetamu. Sambut PM kesayangan kot. Ulalalala. Bik Mama pun ada ke? Hehe. Baru plan nak pakai cun-cun, sekali presiden kesayangan suruh pakai baju korporat ja. Ok lah. At least aku tak kufur nikmat. Baju korporat tu aku baru pakai dua kali kot. Dah setahun jugak lah usia baju tuh.
Ehem. Lawak kan jika umur masih muda tapi suara dah macam orang berumur. Weee. Lawak lah. Nasib baik suara aku masih dalam kategori gadis sunti 20-an. Haha. Tak percaya, nah cal aku. 013-xx5xxxx3. No fon aku antara no yang tak perlu banyak memory space untuk ingat.
Oklah. Nak solat, nak tidur. Esok kelas habis pukul 1 tapi ada meeting pukul 1.
Tahniah Harimau Malaya!
p/s: sedang tunggu hadiah!
0 reaksi homosapien:
Catat Ulasan
komen lah dengan ikhlas ya. Aku terima sahaja manis atau tajam.