Cari Entri Dulu

17 Mac 2011

SMILE MASTURAH!

Assalamualaikum. Semalam merupakan hari yang penat lah jugak. Bila penat, ia akan memberi kesan kepada emosi. Itu normal.

Petang semalam, aku penat sangat buat wiring. Kenal deal dengan besi and watsoever. Next entry, i will show you the besi thingy. Perkara itu tidak memenatkan kalau aku rajin bersenam petang-petang. Apa kaitan nya? Bila badan kita tak dilatih untuk sesuatu situasi yang berat, kita memang sukar nak hadapi nya. Boleh tapi sukar.

Selepas wiring, ada meeting. Semasa meeting, aku macam nak tutup mata dah. Mengantuk! Balik dari meeting, aku terus tidur. Sedar-sedar dah pukul 8 malam. Bermula dari sini lah mood aku spoil habis sebab aku ter miss solat Asar.

Tak cukup dengan itu, bila bangun ja, baca message yang pukul 10 malam ada meeting. Mendidih lagi. Bukan mendidih sebab meeting, tapi sebab apa yang aku rancang untuk waktu malam tak menjadi. Bila fikir tentang tanggungjawab, aku terus rela kan diri menghadiri meeting itu.

Malam tadi memang aku diam dengan sesiapa pun lah. Minta maaf. Bila aku marah diri sendiri, aku memang akan jadi bisu. Sebab aku kena tenangkan diri. Mulut bisu, muka pun masam.

Aku sedar, kalau selalu stress, ia kan affect kesihatan kita. Kalau bukan sekarang, mungkin di masa depan nanti. Ya. Aku hot-tempered orangnya. Tak percaya? Tanyalah Encik H dah berapa kali dia kena tempias?Minta maaf. =.=

Mulai sekarang aku akan cuba lah kawal baran ini. Lagi satu aku akan cuba sembunyi kan perasaan marah walau aku marah diri sendiri sekalipun.

Ok lah. Nak tidur.

2 reaksi homosapien:

bugattisunrose berkata... [Reply]

kite macam same...
kalo dah diam macam tu jgn sape2 berani tegur huhuhu...dan kebiasaan org tu "..." akan kne tempias hehehe...

buaya berkata... [Reply]

salam ziarah

selamat dtg ke blog sy dan menjadi follower sekali k

Catat Ulasan

komen lah dengan ikhlas ya. Aku terima sahaja manis atau tajam.